Secara
ringkasnya , artikel ini merupakan
sebuah cerita yang digarap berkaitan dengan seorang guru di Sekolah Rendah
Lockhaven yang bernama Carol Yake yang terpaksa berhadapan dengan pelajar
yang bermasalah tingkah laku di dalam kelas iaitu Kevin. Kevin adalah merupakan
seorang pelajar yang mempunyai masalah dari sudut perwatakan yang menyebabkannya tidak sesuai untuk
belajar bersama dengan murid lain di dalam kelas tersebut. Selain itu, Kevin
juga adalah seorang yang mudah melenting dan akan melakukan perkara yang
membahayakan dirinya dan juga orang lain apabila dia berasa tidak selesa ataupun
kehendaknya tidak dipenuhi. Sebagai contoh, semasa berada di dalam kelas dia dia
pernah bertindak merosakkan kelas dengan menjatuhkan meja yang ada di dalam
kelas serta membaling buku-buku dan segala peralatan yang terdapat di dalam
kelas.
Sementelah itu, Kevin juga pernah mengugut
untuk menendang cermin tingkap kelasnya bahkan dia juga pernah bergayut di
kekisi kelas untuk melempiaskan kemarahannya. Dalam pada itu, seorang guru khas
iaitu Encik John Patterson telah ditugaskan untuk menangani masalah Kevin.
Apabila Kevin mula berada dalam keadaan yang sukar dikawal Encik John Patterson
akan membawa Kevin ke sebuah bilik khas bagi memulihkan keadaannya.
Perkara-perkara yang
berlaku di dalam kelas ini menyebabkan gurunya iaitu, Carol Yake dan juga rakan
sekelasnya berasa tidak selamat dan terganggu dengan sikapnya yang tidak dapat
dijangkakan. Namun , Carol sebagai seorang guru berusaha untuk mengawal keadaan
Kevin dengan menunjukkan sikap yang prihatin terhadap Kevin dan bersangka baik
serta bersimpati terhadap Kevin. Hal ini
terjadi apabila Carol sering bertemu dengan Kevin secara peribadi semasa waktu
rehat.
No comments:
Post a Comment