Pages

Monday 28 May 2018

TARANNUM AL-QURAN DI MALAYSIA



Sejarah perkembangan tarannum di Malaysia
Kemasukan islam di tanah melayu dan pelusuk nusantara  kira 2  lima ratus tahun yang lampau telah sama sekali membawa pengajian al-quran secara berlagu Abdullah munsyi menyebutkan di dalam buku pelayaran pada zaman kegemilangan kerajaan melayu Melaka sudah menjadi tradisi orang 2 melayu membaca al-quran bahkan kanak 2 diwajibkan belajar membaca al-quran .
Antara tempat utama perkembangan lagu 2 al-quran adalah di istana sultan . istana kesultanan melayu memaninkan peranan yang cukup besar dalam perkembangan al-quran kerana kebanyakan istana itu mempunyai qari 2 yang tersendiri yang dikenali sebagai qari 2 diraja ataupun qari 2 istana . para qari inilah  yang memperdengarkan lagunya bukan sahaja kepada para sultan dan kerabat istana malah turut meliputi seluruh Negara , mereka memperdengarkan bacaan di majlis khatam , kenduri kahwin dan juga haflah 2 al-quran .
Penglibatan golongan istana telah menyemarakkan perkembangan  seni lagu al-quran di seluruh Negara kerana  rakyat akan menurut merasai dan menglibatkan diri dalam bidang yang diceburi dan ditekankan oleh para sultan . terdapat ramai qari diraja yang terkenal  sekitar tahun 1920 hingga 1940 an ialah :

قاري
نضري
بيلاغن
حاج محمد ربات
قدح
1
حاج محمد جوض دكنالي دغن مات لينتر كران سواراث يغ قوات
ترغضانو
2
محمد يوسوف كدوندوغ
كلنتن
3
حاج سليمن
جوهور
4
حاج خليد
سلاغور
5
حاج محمد جمفول
نضري سمبيلن
6
محيدين اتاو دكنالي داتوق خناي كينيتن.
فيراق
7

            Perkembangan seni lagu Al-Quran semakin rancak apabila ada antara para  pelajar Malaysia yang menuntut di timur tengah mempelajari seni lagu Al-Quran  daripada qari 2 mesir dan mekah  dengan membawa  pengaruh lagu arab misri . Antara kalangan qari tersebut adalah seperti Haji Ahmad Pergawa , Haji latif , Haji zabidi aman , Haji Saleh Bilah , haji mufti dan lain 2 lagi . perkembangan ini telah memberi nafas baru kepada seni lagu al-quran di Malaysia dengan wujudnya jalinan antara generasi baharu dan generasi lama .

            Perkembangan ini dirancakkan lagi , diwujudkan Majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang memulakan majlis buat kali pertamanya pada 8 Mac 1960 bersamaan 20 Ramadan 1379 , hal ini telah menyemarakkan proses perkembangan seni lagu Al-Quran di Malaysia . Menerusi penganjuran majlis tilawah ini masyarakat sudah menjadi semakin rapat dengan al-quran bahkan ianya turut meningkatkan taraf dan mutu bacaan para qari dan qariah di Malaysia dengan wujudnya persaingan sihat antara para qari dan qariah. Perkembangan ini disemarakkan lagi dengan penganjuran majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa buat kali pertama pada 9 mac 1961 di Stadium Merdeka yang mengumpulkan qari dan qariah terbaik setiap Negara untuk menguji kualiti dan mutu bacaan masing 2 . Sehingga kini , majlis tilawah al – quran peringkat kebangsaan telah dianjurkan sebanyak 61 kali sehingga tahun ini manakala bagi peringkat antarabangsa pula penganjurannya telah mencecah 60 kali penganjuran.

Selain itu , kementerian Pelajaran Malaysia melalui bahagian pendidikan islam telah menubuhkan satu skim latihan khas yang dinamakan “ kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-quran  bagi melatih para guru dan pelajar yang berbakat. Kelas ini pada awalnya dipimpin oleh ustaz Nik Jaafar Bin Nik  ismail seorang pakar dalam bidang tarannum al-quran dan merupakan salah seorang hakim majlis tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa . kelas khas ini ditubuhkan pada tahun 1985  untuk melatih pelajar yang berbakat dalam seni lagu al-quran supaya menjadi pelapis kepada tokoh 2 Al-quran yang sedia ada . Selain itu , guru 2 yang berkebolehan juga diberikan kursus 2 khas bagi meningkatkan kebolehan dan kemahiran  mereka. Kementerian pelajaran juga telah menganjurkan majlis tadarus Al-quran  bagi sekolah 2 kementerian pelajaran Malaysia yang mana ianya adalah merupakan antara batu lonjakan yang telah menyemarakkan lagi perkembangan seni lagu al-quran. Melalui pertandingan sedemikian kita telah dapat menghasilkan ramai qari 2 muda yang berkemahiran dan mempunyai kualiti bacaan yang sangat baik .

Seterusnya , perkembangan seni lagu al –quran di Malaysia dirancakkan lagi dengan wujudnya rancangan realiti telivisyen seperti akademi al-quran dan mari bertarannum yang mana telah berjaya menarik bilagan penonton yang ramai , melalui rancangan sebegini semakin ramai anak 2 muda yang berbakat telah menyertai program reality televisyen ini bahkan ianya menjadi satu alternatif kepada generasi muda untuk mememilih model terbaik untuk dijadikan contoh . Antara nama 2 yang pernah mengungguli akademi al –quran adalah seperti Abdullah fahmi , anuar hasin , Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin  dan juga ahmad tirmizi ali adalah antara juara2 akademi al-quran bermula daripada musim pertama hingga musim keempat. Begitu juga dengan rancangan mari bertarannum di tv9 yang menampilkan ustaz nik azizan bin nik jaafar sebagai guru yang mengajar adik 2 yang berbakat besar di dalam seni lagu al-quran, sesungguhnya semua ini telah melonjakkan perkembangan seni lagu al-quran di Malaysia dan menjadikan al-quran itu begitu dekat di hati rakyat Malaysia untuk ditadabbur dan dihayati maksudnya serta dialunkan dengan sebaik – baik bacaan.


No comments:

Post a Comment