PENGENALAN
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan
kepada nabi Muhammad w demgan perantaraan malaikat jibril yang ditulis di dalam
mashaf dan disampaikan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat apabila
membacanya. Al-quran adalah mukjizat besar yang dikurniakan Allah kepada nabi Muhammad w . Ayat 2 al-quran
membuatkan pembacanya tidak jemu untuk membaca dan mendengarnya setiap pagi dan
petang , malam dan siang apa lagi sekiranya ianya dibaca dan diperdengarkan dengan
alunan lagu yang pelbagai .
Firman Allah :
ألا بذكر الله
تطمئن القلوب
Maksudnya :
ingatlah dengan berzikir kepada allah itu sajalah yang dapat menenangkan jiwa
Surah ar- ra’d :
28
Terdapat sebuah syair arab yang menggambarkan keadaan sedemikian ;
كلام قديم لا يمل
سماعه
تنزه عن قولى
وفعلى ونيتى
به أستفى من كل
داء ونوره
دليل لقلبى
عندجهلى وحيرتى
Maksudnya :
“ Al-quran adalah
kalam allah yang qadim dan tidak membosankan bagi para membosankan lagi , para
pendengarnya apabila dibaca dan menghindarkan dari segala perkataan , perbuatan
dan niat yang buruk , juga dapat menyembuhkan segala penyakit dan sebagai
petunjuk bagi hati yang tersesat “
MAKSUD TARANNUM
Tarannum
adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada,
rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.
Membaca al-quran
secara berlagu adalah digalakkan oleh islam
, terdapat banyak hadith yang menggalakkan umat islam supaya membaca
al-quran secara berlagu . antaranya adalah hadis Rasulullah saw ;
Diriwayatkan
daripada saad bin abi waqqas sabdanya :
من لم يتغن
بالقرآن فليس منا
Maksudnya :
Barangsiapa yang
tidak berlagu ketika membaca Al-quran bukanlah daripada golongan kami .
Ibnu Batal ( باطال)
menceritakan bahawa galakan membaca al-quran secara berlagu disokong oleh hadis
yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muaammar dari Ibnu Syihab , sabda
rasulullah SAW :
ما أذن لنبى فى الترنم فى القرآن
(أخرجه الطبرى)
Imam tabari
menjelaskan bahawa tidak berlakunya tarannum
itu kecuali dengan suara di mana qari memperelok dan mengalunkan
suaranya ketika membaca al-quran .
Justeru membaca
al-quran secara berlagu amatlah digalakkan di dalam Islam sebagai salah satu
seni lagu yang mampu menjadikan kita lebih khusyuk dan menghayati setiap ayat 2
yang diturunkan allah kepada Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment