1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya
sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula
dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi
seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang
juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah
profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion
menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang
guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di
sekolah secara amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk
perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan
yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang
dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang
terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan
reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu
menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia
berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.
Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang
berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan
yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda
khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui
beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran
atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan
amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan
akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty
Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah
agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan
bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan
yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali
mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani
profesion keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di
sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran
berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan
dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik,
sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang
semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang
diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan
pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah
untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri,
masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad
ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak
kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses
pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat
pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran
kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian
kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning
outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan
secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan
dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi
cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999), ‘Increasingly, technology is
poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun
1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu
yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke
arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia
menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’
atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah
gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang
lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru
untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk
membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu
artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus
Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar
sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada
segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng
atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok,
salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.
Antara Januari dan Jun tahun ini,
kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira
40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah
dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke
sekolah. Isu disiplin pelajar memang
satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa
perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang
dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka
secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan
untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman
dan dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes
disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan
amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27%
dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang
sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah
kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah
pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan
bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai
taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem
persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai
ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru.
Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek
penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003).
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya
“Displin Pelajar Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu
guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini
semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang
berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan
guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana
kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan
menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam
sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada
kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian
Metro, 25 Mei 2006)
1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan
Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan
teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan
ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein &
Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan
teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi
cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu
menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan
sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di
Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih
berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan
pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab,
guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk
mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan
di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad
80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan
diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan
dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang
dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru
hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan
seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah
menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik
darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu
pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta
berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk
pembangunan Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah
diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang
sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan
yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas
kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan
menjadi kenyataan.
1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan
kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan
peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan
perpaduan kaum. Semakin
masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan
status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan
guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan
kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994),
dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada
penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya
dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah
mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan
untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi
kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber
maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan
ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia
untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman,
2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid,
1994). Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel
yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus Transformasi”
bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada
pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses
membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan
berkekalan.
Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan
Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru
berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru
memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk
sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti
berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional
dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam
masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan,
antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan
tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012, guru yang aktif dan
bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang
positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya.
Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi
berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan
impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
“Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh
menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai
rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi
bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan
sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta
mempunyai daya ketahanan.” (Mahathir Mohamad,
(1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya
mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat
futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa
hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan
wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan
negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat,
2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd
Zahid, 1993).
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam
wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan
psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap
kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu
dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di
samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai
orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil
akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru
itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi
Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua
Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21,
bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan
liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran
sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan
liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang
berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi
pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran
lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini.
Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan
pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan
untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt
(1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat
global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties)
selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al,
2009).
Bagi
Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international
character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu
diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan
pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi.
Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21
ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa.
Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).
Dalam era
ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global
village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru
itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu
pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu
artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus
Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat
pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi
kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan
pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala
melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan
melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Kenyataan ini
disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang
disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, “Selamat Pagi Cikgu” bertarikh 30 Ogos
2012, apabila ditanya tentang “Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru
pada hari ini?” Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi
guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru
mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung
dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi
maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk
menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan
pelbagai maklumat.
1.3 IMPLIKASI
HUJAH
Untuk menangani
cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan
diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their
Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan
dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik,
responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik,
bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu,
elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran
profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional,
pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam
penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.
1.3.1 Mempunyai
Ciri Dan Kualiti Profesional
Seseorang guru
itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses
perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian
Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa
berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan,
perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri,
memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga
mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis
dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan
sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2
Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi
pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu
program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai
objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran
serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan
berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar
yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala
murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan
pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al,
2009)
1.3.3
Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru
berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar
tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik
dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak
berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma
dapat dilakukan oleh para pendidik.
1.3.4
Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT
Perkara yang
paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah
meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa
berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global
dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada
pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan
terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT
mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan
diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari
yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan
negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus
memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa
kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam
kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek
Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan
segala kemudahan semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan
Dan Berakhlak Mulia
Selain itu
juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru
perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti
masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan
generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem
pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan
diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar
dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para
pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab
merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi
mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab
terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka,
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat
kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif,
menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti
mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang
menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
1.4
RUMUSAN/CADANGAN
Secara rumusannya,
dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan
teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat
sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan
mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin
dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020.
Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh
seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun
sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang
guru di sekolah rendah.
Setiap dari kita juga mestilah memahami
bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah
sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar
daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf,
bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat
terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi
tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam
bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap
kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan,
kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.
Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi
cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan
penekanan sewajarnya.
icon ni menghalang je lah saya nk baca artikel tuan niyh..hishhh
ReplyDeleterujukan ?
ReplyDeleteRUJUKAN XDE KER ?
ReplyDelete