1.0 PENGENALAN
Rasuah adalah
merupakan suatu perbuatan keji yang lebih
banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat. Ianya adalah merupakan
antara penyebab kemunduran sesebuah negara. Berdasarkan Indeks Korupsi yang
dikeluarkan oleh Tranperancy International, Malaysia berada di tangga ke 60
daripada 183 buah negara dengan skor
sebanyak 4.3 berbanding Singapura yang menduduki tempat kelima dengan skor
sebanyak 9.2. Berdasarkan unjuran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) penjawat awam merupakan kalangan golongan tertinggi yang
terlibat di dalam gejala rasuah. Gejala rasuah juga berlaku dalam profesion
perguruan di Malaysia. Masalah yang berlaku ini mencemarkan profesion yang mulia
ini. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan mengenai kesalahan rasuah dalam
kalangan guru tidaklah seramai pesalah daripada profesion lain tetapi oleh
sebab jumlah yang sedikit itulah yang telah menyebabkan profesion perguruan
terpalit dengan noda-noda yang sedikit ini.
Umum
mengetahui, apabila ada sesebuah isu mengenai profesion perguruan maka ianya
akan diheboh dan dibesarkan oleh media massa. Seolahnya apabila kesalahan
tersebut dilakukan oleh orang lain selain daripada guru ianya “tidak mengapa” dan tidak dihebohkan sepertimana kesalahan yang dilakukan oleh
guru. Oleh itu, perkara sebegini akan menjatuhkan “air muka” profesion
perguruan yang sekian lama dilihat sebagai profesion yang mulia.
Memerangai rasuah memerlukan
penglibatan semua pihak, Memetik kenyataan Tan Sri Azmi Kamaruddin ( mantan hakim wilayah persekutuan) di dalam
buku Abdullah Ahmad Badawi Tiga Tahun Di Putrajaya, beliau mengatakan :
“ rakyat tidak boleh lagi pejam sebelah mata dalam hal rasuah ini.
Setiap orang harus mulai hari ini mengambil pendirian untuk bersama sama
menyelesaikannya, tidak boleh lagi duduk di tepi pagar hanya melihat dari luar
sahaja”.
Oleh itu,
seorang guru yang bijak akan menghindari rasuah dan berusaha menghalang orang
lain dari terlibat dengan gejala tersebut. Maka penulisan ini akan mengupas
sedikit sebanyak beberapa perkara yang menyentuh isu rasuah di dalam perkhidmatan
perguruan dan menyentuh mengenai akta-akta yang berkaitan dengan rasuah untuk
panduan kita bersama.
1.1 DEFINISI RASUAH
Terdapat pelbagai
definisi yang boleh dirujuk mengenai rasuah . Menurut kamus Dewan Edisi
Keempat,rasuah ialah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap) ataupun
(wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Manakala sogokan pula didefiniskan sebagai; menerima
wang rasuah atau makan suap. Selain itu menurut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau
pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang
secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang.
Akta Pencegahan Rasuah 1961( Pindaan
1971) seksyen 3 dan 4 mendefinisikan
rasuah sebagai:
menerima apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau tidak melakukan
apa-apa perbuatan.
Mengikut seksyen 2 (2) ordinan No
222 (kuasa-kuasa perlu) Darurat 1970 mendefinisikan rasuah sebagai berikut;
Apa-apa
perbuatan yang dilakukan oleh anggota-anggota pentadbiran.Ahli Perlimen atau
ahli Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam iaitu dengan perbuatan
itu menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk faedah kewangan atau untuk
apa-apa faedah yang lain.
1.2 RASUAH MENURUT PANDANGAN ISLAM
Firman Allah swt;
wur (#þqè=ä.ù's? Nä3s9ºuqøBr& Nä3oY÷t/ È@ÏÜ»t6ø9$$Î/ (#qä9ôè?ur !$ygÎ/ n<Î) ÏQ$¤6çtø:$# (#qè=à2ù'tGÏ9 $Z)Ìsù ô`ÏiB ÉAºuqøBr& Ĩ$¨Y9$# ÉOøOM}$$Î/ óOçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇÊÑÑÈ
“ dan janganlah kamu makan (atau
mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan
jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam menafsirkan ayat ini di dalam tafsir Al
Munir, beliau menyatakan Allah melarang manusia memakan harta dengan cara yang
tidak benar. dan menafsirkan بالبطل ( dengan cara yang salah ) sebagai riba’ , rasuah,
menipu dalam perniagaan dan sebagainya. Selain itu disebutkan juga dialam tafsir tersebut bahawa; “ telah sepakat
Ahli Sunnah bahawa haram bagi seseorang mengambil harta dengan cara yang
salah secara sedikit mahupun banyak”.
Imam Az-zahabi menyatakan
maksud daripada kalimah “janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu kepada
hakim” adalah janganlah kamu menyuap
atau menyogok hakim sehingga kamu memenangi sesuatu perkara padahal kamu mengerti bahawa hasil keputusan itu tidak halal bagi kamu”
Perbuatan rasuah adalah merupakan
perbuatan yang sangat keji dan berdosa, mereka yang terjebak dengan budaya
rasuah akan beroleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Disebutkan didalam sebuah hadis yang bermaksud ;
“Pemberi
dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”
Dr Yusuf Al Qardhawi (1995) menyebutkan Nabi s.a.w telah
melaknat pemakan, pemberi rasuah dan orang tengah. Mereka dilaknati oleh Nabi
s.a.w Rasuah yang merosakkan semuanya, menjadikan semuanya tidak dapat
disempurnakan kecuali dengan menolaknya. Maka, berdasarkan dalil-dalil
diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan rasuah. Tegahan yang
diberikan bukan sahaja termaktub kepada pemberi dan penerimanya sahaja malah
turut kepada sesiapa yang membantu di dalam usaha melicinkan urusan tersebut.
1.3 PANDANGAN TOKOH MENGENAI RASUAH
Manusia yang bijak adalah menusia
yang menjauhi perbuatan yang keji dan bersalahan dengan norma-norma kehidupan
manusia. Tidak terdapat mana-mana tokoh yang bijak mindanya yang menyokong
gejala rasuah Berikut pula adalah beberapa pandangan tokoh-tokoh mengenai
gejala rasuah.
Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin
Yassin di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei 2011, beliau menyatakan, persoalan rasuah tidak hanya berlegar
dalam kalangan penguasa sebaliknya turut melibatkan pemberi dan penerima
rasuah.Seperti kata bidalan bertepuk
sebelah tangan masakan berbunyi,
kedua-duanya sanggup melakukan rasuah kerana
kuasa yang dimiliki dan kelahapan mereka
untuk menerima habuan akibat penyalahgunaan kuasa.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden
di perhimpunan Umno kali ke 57 pada15 september 2007 menegaskan bahawa “saya
cekal mahu membanteras rasuah dan politik wang. Berulang kali saya ingatkan
bahawa kita mesti menetang rasuah di segenap peringkat kerajaan . Namun
Presiden parti & perdana menteri tidak dapat melaksanakan usaha ini secara
berseorangan, bantulah saya memerangi rasuah dengan mengemukakan bukti, kita
kekal tegas memerangi rasuah walaupun kita perlu menongkah arus.Patah sayap
bertongkat paruh namun hasrat tak pernah luntur”.
Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun
Razak di dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Intergriti
Bertauliah pada 27 Februari 2012 menyebut bahawa ” Kerajaan akan terus
memerangi rasuah sebagai musuh No 1 negara dan kita akan bersama-sama
memeranginya habis-habisan Rasuah memusnahkan niat murni kerajaan membantu
rakyat dan menggagalkan pelaksanaan dasar yang telah dirancang rapi, justeru
demi rakyat dan masa depan Negara, kita tidak boleh berkompromi dalam membasmi
rasuah.Ini menjadi kewajipan kita yang berada di dalam kerajaan dan
perkhidmatan awam.
Maka, berdasarkan pandangan daripada
tokoh-tokoh negarawan diatas dapatlah kita katakana bahawasanya rasuah adalah
amalan yang keji yang mendatangkan pelbagai mudarat kepada rakyat dan Negara
dan ianya sewajarnya tidak sama sekali terjadi dalam kalangan penjawat awam di
Negara ini terutamanya kepada para guru-guru
di sekolah.
2.0 GURU DAN RASUAH
Ramai yang terkejut apabila mengetahui berita-berita
mengenai penglibatan guru dalam gejala rasuah. Masyarakat secara umumnya
melihat guru sebagai golongan yang mulia yang bebas daripada
perlakuan-perlakuan yang tidak baik. Namun terdapat juga guru-guru yang
terlibat dalam gejala rasuah sebagaimana kes-kes yang pernah dilaporkan di
dalam akhbar tempatan mahupun di dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Berikut adalah antara kes-kes yang pernah berlaku;
Pertama, kes yang melibatkan seorang
guru besar di sebuah sekolah di Kajang, Selangor. Beliau telah meminta suapan
daripada pengusaha kantin untuk memudahkan urusan pemilihan tender kantin. Kes
ini telah dilaporkan di dalam akhbar sinar harian yang bertarikh 17 Nov 2011.
Kes kedua adalah sepertimana yang
terdapat di dalam pengkalan data SPRM dengan no kes R-06B-38-06-2011 yang melibatkan seorang guru lelaki
yang berkhidmat di negeri Perlis. Tertuduh telah disabitkan dengan 3 pertuduhan
rasuah dan telah disabitkan bersalah dengan dikenakan hukuman penjara 18 bulan
bagi setiap pertuduhan tersebut.
2.1 KENAPA BERLAKU RASUAH DALAM
KALANGAN GURU
Berdasarkan
artikel yang telah dipilih, kes tersebut adalah kes yang berlaku melibatkan
seorang guru besar di sebuah sekolah di Kajang yang meminta suapan daripada
pengusaha kantin bagi meluluskan tender kantin tersebut.Persoalannya mengapakah
ada terdapat kalangan guru yang terlibat di dalam jenayah ini? Berikut adalah
antara sebab-sebab yang menyumbang kepada keterlibatan guru khususnya dan
penjawat awam umumnya di dalam gejala rasuah.
Pertamanya
ianya adalah berpunca daripada perbelanjaan melebihi pendapatan yang diperoleh.
Terdapat sesetengah penjawat awam yang melakukan perbelanjaan melebihi
pendapatan yang diperolehi menyebabkan
tekanan hidup dan berusaha mencari jalan keluar bagi masalah kewangan yang
dihadapi .Ibnu Khaldun (Terjemahan Ahmadie Toha 1986) menyatakan, keinginan
untuk mengecap kemewahan mendorong
manusia untuk terlibat dengan amalan rasuah. Selain itu, Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi menyatakan “Konsep untuk tidak terjerumus dalam masalah
kewangan sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih daripada
pendapatan”. Muhammad Hisyam (2006) menyatakan, sering kali ketidakcukupan
pendapatan untuk menyara kehidupan, menyebabkan ada kakitangan kerajaan
terpaksa membuat beberapa pekerjaan lain dalam satu masa bagi memenuhi tuntutan
keperluan harian mereka. Ini sebenarnya boleh mengakibatkan tumpuan kepada
tugas hakiki mereka terabai atau gagal untuk dilaksanakan dengan sempurna.
Selain itu, kos sara hidup yang tinggi juga
turut menyumbang kepada berlakunya gejala rasuah ini. Bekas Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew dalam ucapan beliau di World Ethics and Integrity Forum
2005 anjuran Institut Integriti Malaysia ada menyatakan bahawa unsur yang
terpenting untuk memerangi rasuah di kalangan penjawat awam ialah menerusi gaji
yang selaras dengan taraf kehidupan mereka. Jika dibayar gaji yang rendah
berbanding rakan-rakan mereka di sektor swasta, para penjawat awam ini
mempunyai kecenderungan untuk menerima pemberian atau suapan. Untuk itu, sejak
40 tahun yang lepas, kerajaan Singapura telah mengambil langkah membayar gaji
ahli politik dan penjawat awam yang lain pada kadar 70- 80 peratus gaji purata
6 bidang kerjaya kakitangan yang berjawatan setaraf di sektor swasta . Menurut
Muhammad Hisyam (2006), Dalam usaha untuk memastikan para pegawai agar tidak
terjebak dengan amalan rasuah, Khalifah Umar (r.a) memerintahkan agar mereka
diberi gaji yang tinggi. Begitu juga dengan para qadi. Mereka diberi gaji yang
sangat berpatutan supaya tiada ruang bagi mereka untuk menerima atau melakukan
rasuah. Qadi seperti Salman, Rabi'ah dan Shuraih (r.a) diberi gaji sebanyak 500
dirham sebulan. Mua'wiyah (r.a) pula menerima 1000 dirham sebulan.
Seterusnya, beban hutang juga merupakan antara punca
berlakunya gejala rasuah. Hal ini dibuktikan dengan Laporan Pelan Integriti
Nasional dalam skop Penilaian dan Hala Tuju (Tekad 2008) mendedahkan hampir 74 peratus kakitangan awam yang
cenderung menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban hutang dan
gagal mengawal perasaan kerana mempunyai lebih ruang serta peluang
melakukannya.Laporan itu juga menyatakan amalan rasuah berleluasa di kalangan
penjawat awam kerana ramai masih keliru dengan skop perbuatan yang dianggap
rasuah atau sebaliknya.
Selain itu, kelemahan dalam pentadbiran
juga adalah merupakan punca berlakunya gejala rasuah dalam kalangan penjawat
awam. Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan mengenai sistem penyeliaan
yang lemah, penyelenggaraan yang tidak dilakukan secara tetap dan berkala, pemantauan
dan penelitian terhadap pelbagai aspek kerja yang dijalankan tetapi gagal
dilakukan oleh sesetengah ketua jabatan atau mereka yang dipertanggungjawabkan,
misalnya pembelian satu komputer riba dengan harga RM42,32. Norhafifi Yahya
(2006) menyatakan, Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi menyebabkan
kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka
kepada penyelewengan khususnya rasuah. Muhammad Ali Embi (2008) menyatakan,
faktor-faktor organisasi yang menggalakkan rasuah pula adalah termasuk
kepimpinan yang lemah, kurang mekanisme pemantauan, tiadanya ketelusan,
kurangnya maklumat dan garis panduan yang terperinci mengenai bidang tugas dan
tiada saluran untuk menyalurkan aktiviti rasuah.
3.0 MENGATASI RASUAH DALAM KALANGAN GURU
Pemantauan dan kepimpinan Berkesan Ketua
Jabatan dilihat mampu mengurangkan berlakunya kes rasuah dalam kalangan guru.
Guru besar atau pengetua sebagai ketua jabatan di sekolah seharusnya lebih
cakna terhadap tingkahlaku anak buah masing-masing. Sebagaimana yang terkandung
di dalam perintah Am Bab D , seseorang penjawat awam boleh diambil tindakan
jika sekiranya didapati bersalah oleh pihak berkuasa tatatertib.
Selain itu antara saranan lain untuk
mengatasi gejala ini adalah dengan berbelanja mengikut kemampuan. Ramai dalam
kalangan golongan yang terlibat adalah dalam kalangan kakitangan kerajaan di
peringkat profesional dan sokongan yang rata-rata adalah terdiri daripada
kalangan golongan yang berpendapatan sederhana. Keupayaan setiap penjawat awam
khususnya para guru mengurus kewangan mengikut pendapatan yang diperolehi mampu
mengelakkan gejala ini daripada berlaku. Presiden Cuepacs, Omar Osman dalam wawancara bersama
berita harian bertarikh 10/10/2010 menyatakan, rasuah berlaku dimana sahaja,
punca utamanya keinginan berbelanja melebihi kemampuan, pendapatan kecil tetapi
berlagak seperti orang mampu, apabila tidak mapu dan tidak boleh kawal nafsu,
mula lupa diri dan bertindak di bawah kawalan akal, pada masa itu timbul
peluang kerana kita tahu sindiket rasuah sentiasa menunggu peluang terbuka.
Antara kaedah lain yang boleh dilakukan
bagi mengatasi masalah ini adalah dengan melaporkan mengenai penyelewengan yang
dilakukan, jika sekiranya ianya melibatkan sesiapa sekalipun sewajarnya sebagai seorang guru dan penjawat
awam yang bertanggungjawab setiap penyelewengan yang berlaku mestilah
dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil.
Kebanyakan daripada penjawat awam takut untuk melaporkan penyelewengan yang
berlaku, namun tiada apa yang perlu dirisaukan kerana setiap individu yang
melaporkan kes rasuah akan dilindungi di
bawah Akta 711 iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Di dalam suatu
klausa yang terdapat di dalam akta ini ada menyebutkan bahawa akta ini adalah;
suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan
memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk
melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang
memudaratkan. Oleh itu sewajarnya tidak lagi menjadi kerisauan untuk melaporkan
kes-kes rasuah kepada pihak berkuasa.
3.1 KESAN KEPADA GURU YANG TERLIBAT.
Berdasarkan Akta 694, Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah. Mana-mana individu yang terlibat dengan sebarang pertuduhan
rasuah dan disabitkan bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu
dan penjara tidak melebihi 2 tahun atau keduanya-duanya sekali.
Selain dikenakan tindakan mahkamah seorang
guru yang terlibat dalam mana-mana prosiding jenayah dan disabitkan sebagai
bersalah juga akan menerima tindakan tatatertib daripada pihak berkuasa
tatatertib berdasarkan apa yang termaktub di dalam perintah Am bab D. Menurut
Perintah Am Bab D, Peraturan 45 telah menetapkan bahawa ;
“Jika pegawai disabitkan oleh Mahkamah,
pihak berkuasa tatatertib yang berkuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja
atau turun pangkat hendaklah sama ada atau tidak pegawai itu merayu terhadap
sabitan itu, menggantung pegawai itu daripada menejalankan tugasnya
berkuatkuasa mula dari tarikh sebitanya sementara menunggu keputusan Pihak
Berkuasa Tatatertib di bawah Peraturan 29 Pegawai tidak berhak menerima apa-apa
emolumen sepanjang penggantungan kerja”.
Selain itu, di bawah peraturan yang sama
juga, penamatan daripada perkhidmatan awam juga boleh dilakukan terhadap
mana-mana kakitangan awam yang terlibat dalam mana-mana kes yang dilihat wajar
demi kepentingan awam. Dalam hal ini, ketua jabatan hendaklah mengemukakan
laporan lengkap yang menyentuh mengenai kelakuan pegawai yang terlibat untuk
dikemukakan kepada kerajaan. Seterusnya, adalah sah disisi undang-undang bagi
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Kerajaan
bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu di tamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding
tatatertib belum dijalankan di bawah mana-mana peruntukan peraturan-peraturan
ini.
Maka sebagai seorang guru yang juga
merupakan penjawat awam, sentiasalah
berusaha mengawal diri daripada terlibat dengan apa jua kesalahan tatatertib
yang boleh mengakibatkan tindakan tegas daripada kerajaan. Jangan disebabkan
keseronokan yang sekejap, kita merana seumur hidup akibat tindakan-tindakan
yang menyalahi undang-undang negara dan etika keguruan.
4.0 CADANGAN DAN RUMUSAN
Seorang guru yang baik haruslah sentiasa
mempunyai intergriti dalam menjalankan tugas seharian. Tidak kira walaupun
disogok dengan apa sekalipun, hendaklah seorang guru dan penjawat awam yang
berintergriti sentiasa teguh dengan pendirian dan tidak terpedaya dengan habuan
yang hanya memberikan keseronokan sementara. Kerana sabda Rasulullah s.a.w ;
Kebaikan itu menenangkan jiwa, sementara
kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun
manusia manusia memberikan fatwa kepadamu (ianya baik).
HR Ahmad & Ad-darimi
Maka jadikanlah intergriti sebagai amalan
hidup, supaya setiap daripada rezeki yang kita perolehi datang daripada sumber
yang baik dan tidak memudaratkan.
Selain itu, sebagai penjawat awam dan
rakyat yang cintakan negara seharusnya kita mengutamakan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri sendiri, mahukah kita melihat negara kita hancur
dengan malan rasuah? Lihat sahaja negara yang tinggi indeks rasuah seperti
Afghanistan dan Somalia, adakah kita mahu negara kita mundur kerana rasuah yang
berleluasa di sana-sini? Negara telah kerugian berbillion ringgit setiap tahun
akibat gejala rasuah ini, pada tahun 2010 sahaja, Malaysia telah mengalami
kerugian sebanyak 10 billion, jika dilihat daripada RM 1 billon sahaja kita
sudah boleh membina 99 buah sekolah rendah. Bayangkan betapa besarnya kerugian
yang ditanggung negara akibat gejala rasuah ini.
Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia harus
bersatu padu dan berganding bahu dalam memerangi gejala rasuah ini, setiap
pihak di setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
baik. Sebagai seorang guru, seharusnya kita memainkan peranan dengan menyampaikan
pendidikan mengenai keburukan amalan rasuah dan berusaha menjauhi gejala
tersebut serta menjadi role model kepada masyarakat. Hal ini terkandung di
dalam Surat pekeliling Ikhtisas bilangan
17 tahun 1997 yang menggesa kepada guru untuk memasukkan elemen pencegahan
rasuah di dalam sukatan pelajaran dan menyarankan kepada para guru untuk
menjadi role model yang baik bagi diikuti oleh pelajar. Sangat tidak wajar bagi
seorang guru untuk terlibat di dalam amalan rasuah kerana guru adalah harapan
bagi masyarakat, guru adalah golongan yang dipercayai oleh masyarakat dan guru
adalah rujukan masyarakat.
Jika sekiranya seorang guru menunjukkan
tauladan yang tidak baik, ianya akan menjejaskan sistem kepercayaan orang ramai
terhadap nilai dan kualiti guru yang ada di negara kita ini. Maka para guru
harus membina imej yang baik dalam masyarakat dan memastikan profesion
perguruan tidak lagi tercemar dengan tindakan yang dilakukan oleh guru sendiri.
MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN ISHAK
8 PISMP PA 2
6.0 BIBLIOGRAFI.
Abdullah Ahmad Badawi, t. t. (2007). Sivamurugan Pandian. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Ahmadie Thoha.(1986). Mukaddimah Ibn Khaldun. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Ahmad Redzuan Yunus,. (2003). Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam Punca dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. (2010). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sdn Bhd.
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. (2009). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sdn Bhd.
Akta Pencegahan Rasuah. (1961).Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Sdn Bhd.
Aziz Jamaluddin.(2011). Nabi Muhammad Laknat Pemberi dan penerima Rasuah. Kuala Lumlpur: Utusan Malaysia.
Dr Yusuf Al-Qardhawi. (1995). Fatwa Masa Kini. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Dr Wahbah Az-Zuhaili. (2005). Tafsir Al-Munir. Damsyik: Dar Fikr
Imam Az-Zahabi. (2008). Dosa-Dosa Besar. Puchong: Berlian Publications Sdn bhd
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Laporan Audit Negara 2008. (2009). Kuala Lumpur: Jabatan Audit Negara.
Muhammad Ali Embi.(2008). Cabaran Dunia Pekerjaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Perintah-Perintah Am & Arahan Pentadbiran. (2003). Petaling Jaya: International Law Book Services.
Ordinan Darurat.( 1970). Kuala Lumpur.Percetakan Nasional Sdn Bhd.
Laporan Pelan Integriti Nasional.(2008).Kuala lumpur. Institut Intergriti Malaysia.
Lee Kwan Yew ( April 2005). Ethical Leadership A Competitive Advantage. Ucapan yang disampaikan dalam World Ethics And Intergrity Forum 2005.Kuala Lumpur
Najib tun Razak( Februaru 2012). Pegawai Intergriti Bertauliah. Ucapan Yang disampaikan dalam Majlis Perasmian pegawai Intergriti Bertauliah.Putrajaya.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/1998. Memasukkan Elemen Pencegahan Rasuah dalam kurikulum sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.
Surat Khabar;
Abdul Rashid Abdul Rahman (2011). Rasuah, Malaysia Rugi 10 billion.Utusan Malaysia
Muhammad Hisyam ( 2006, Disember 12 ). Gaji Berpadanan Dapat Membenteras Rasuah.Berita Harian
Saifulizam Mohamad ( 2011, Mei 6) Elak Rasuah Salah Guna Kuasa. Utusan Malaysia
Omar Osman (2010). Rasuah, Salah Guna Kuasa Runtuhkan Moral Negara. Berita Harian.
Laman Sesawang
Norhafifi Yahya (2006).Gejala Rasuah dan Kesannya. Islam.gov.my. Diakses pada 23 Ogos 2012
http://www.irfankhairi.com/blog/tip-kewangan/psikologi-kewangan-belanja-lebih-dari-pendapatan/ diakses pada 24 Ogos 2012