Sejarah perkembangan tarannum di Malaysia
Kemasukan islam di tanah melayu dan
pelusuk nusantara kira 2 lima ratus tahun yang lampau telah sama
sekali membawa pengajian al-quran secara berlagu Abdullah munsyi menyebutkan di
dalam buku pelayaran pada zaman kegemilangan kerajaan melayu Melaka sudah
menjadi tradisi orang 2 melayu membaca al-quran bahkan kanak 2 diwajibkan
belajar membaca al-quran .
Antara tempat utama perkembangan lagu 2
al-quran adalah di istana sultan . istana kesultanan melayu memaninkan peranan
yang cukup besar dalam perkembangan al-quran kerana kebanyakan istana itu
mempunyai qari 2 yang tersendiri yang dikenali sebagai qari 2 diraja ataupun
qari 2 istana . para qari inilah yang
memperdengarkan lagunya bukan sahaja kepada para sultan dan kerabat istana
malah turut meliputi seluruh Negara , mereka memperdengarkan bacaan di majlis
khatam , kenduri kahwin dan juga haflah 2 al-quran .
Penglibatan golongan istana telah
menyemarakkan perkembangan seni lagu
al-quran di seluruh Negara kerana rakyat
akan menurut merasai dan menglibatkan diri dalam bidang yang diceburi dan
ditekankan oleh para sultan . terdapat ramai qari diraja yang terkenal sekitar tahun 1920 hingga 1940 an ialah :
قاري
|
نضري
|
بيلاغن
|
حاج محمد ربات
|
قدح
|
1
|
حاج محمد جوض دكنالي دغن مات لينتر كران سواراث يغ قوات
|
ترغضانو
|
2
|
محمد يوسوف كدوندوغ
|
كلنتن
|
3
|
حاج سليمن
|
جوهور
|
4
|
حاج خليد
|
سلاغور
|
5
|
حاج محمد جمفول
|
نضري سمبيلن
|
6
|
محيدين اتاو دكنالي داتوق خناي كينيتن.
|
فيراق
|
7
|
Perkembangan
seni lagu Al-Quran semakin rancak apabila ada antara para pelajar Malaysia yang menuntut di timur
tengah mempelajari seni lagu Al-Quran
daripada qari 2 mesir dan mekah dengan membawa
pengaruh lagu arab misri . Antara kalangan qari tersebut adalah seperti
Haji Ahmad Pergawa , Haji latif , Haji zabidi aman , Haji Saleh Bilah , haji
mufti dan lain 2 lagi . perkembangan ini telah memberi nafas baru kepada seni
lagu al-quran di Malaysia dengan wujudnya jalinan antara generasi baharu dan
generasi lama .
Perkembangan
ini dirancakkan lagi , diwujudkan Majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan
yang memulakan majlis buat kali pertamanya pada 8 Mac 1960 bersamaan 20 Ramadan
1379 , hal ini telah menyemarakkan proses perkembangan seni lagu Al-Quran di
Malaysia . Menerusi penganjuran majlis tilawah ini masyarakat sudah menjadi
semakin rapat dengan al-quran bahkan ianya turut meningkatkan taraf dan mutu
bacaan para qari dan qariah di Malaysia dengan wujudnya persaingan sihat antara
para qari dan qariah. Perkembangan ini disemarakkan lagi dengan penganjuran
majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa buat kali pertama pada 9 mac
1961 di Stadium Merdeka yang mengumpulkan qari dan qariah terbaik setiap Negara
untuk menguji kualiti dan mutu bacaan masing 2 . Sehingga kini , majlis tilawah
al – quran peringkat kebangsaan telah dianjurkan sebanyak 61 kali sehingga
tahun ini manakala bagi peringkat antarabangsa pula penganjurannya telah
mencecah 60 kali penganjuran.
Selain itu ,
kementerian Pelajaran Malaysia melalui bahagian pendidikan islam telah
menubuhkan satu skim latihan khas yang dinamakan “ kelas kemahiran membaca dan
menghafaz al-quran bagi melatih para
guru dan pelajar yang berbakat. Kelas ini pada awalnya dipimpin oleh ustaz Nik
Jaafar Bin Nik ismail seorang pakar
dalam bidang tarannum al-quran dan merupakan salah seorang hakim majlis tilawah
al-quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa . kelas khas ini ditubuhkan pada
tahun 1985 untuk melatih pelajar yang
berbakat dalam seni lagu al-quran supaya menjadi pelapis kepada tokoh 2
Al-quran yang sedia ada . Selain itu , guru 2 yang berkebolehan juga diberikan
kursus 2 khas bagi meningkatkan kebolehan dan kemahiran mereka. Kementerian pelajaran juga telah
menganjurkan majlis tadarus Al-quran
bagi sekolah 2 kementerian pelajaran Malaysia yang mana ianya adalah
merupakan antara batu lonjakan yang telah menyemarakkan lagi perkembangan seni
lagu al-quran. Melalui pertandingan sedemikian kita telah dapat menghasilkan
ramai qari 2 muda yang berkemahiran dan mempunyai kualiti bacaan yang sangat
baik .
Seterusnya ,
perkembangan seni lagu al –quran di Malaysia dirancakkan lagi dengan wujudnya
rancangan realiti telivisyen seperti akademi al-quran dan mari bertarannum yang
mana telah berjaya menarik bilagan penonton yang ramai , melalui rancangan
sebegini semakin ramai anak 2 muda yang berbakat telah menyertai program
reality televisyen ini bahkan ianya menjadi satu alternatif kepada generasi
muda untuk mememilih model terbaik untuk dijadikan contoh . Antara nama 2 yang
pernah mengungguli akademi al –quran adalah seperti Abdullah fahmi , anuar
hasin , Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin dan juga ahmad tirmizi ali adalah antara
juara2 akademi al-quran bermula daripada musim pertama hingga musim keempat.
Begitu juga dengan rancangan mari bertarannum di tv9 yang menampilkan ustaz nik
azizan bin nik jaafar sebagai guru yang mengajar adik 2 yang berbakat besar di
dalam seni lagu al-quran, sesungguhnya semua ini telah melonjakkan perkembangan
seni lagu al-quran di Malaysia dan menjadikan al-quran itu begitu dekat di hati
rakyat Malaysia untuk ditadabbur dan dihayati maksudnya serta dialunkan dengan
sebaik – baik bacaan.