MODEL-MODEL BERKAITAN
Terdapat beberapa
model yang yang perlu diketahui bagi menyelesaikan masalah yang dibincangkan
ini, antaranya adalah dengan menggunakan Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Skinner, Teori Psikologi Individu Alder dan juga Teori Realiti dan Kaunseling
Glasser.
Teori Modifikasi
Tingkah Laku diasaskan oleh Skinner menekankan bahawa sesuatu gerak balas atau
tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang untuk mengulang tingkah
laku operan ini akan bertambah. Dalam hal ini terdapat dua aspek yang dikenali
sebagai peneguhan positif dan juga peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah
suatu tindakan berbentuk pujian, penghargaan , hadiah dan sebagainya yang
diberikan sebaik sahaja sesuatu tingkah laku operan berlaku. Peneguhan positif
adalah berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu itu mengulangi
tingkah laku tersebut sebanyak yang mungkin.Manakala peneguhan negatif pula
adalah stimuli yang dihapuskan bagi menguatkan tingkah laku positif seseorang.
Contohnya seorang murid yang membuat bising di dalam kelas dikenakan hukuman
berdiri di hadapan kelas dalam tempoh
masa yang tertentu.
Selain itu Skinner
juga menekankan konsep denda dan peneguhan. Denda bertujuan untuk serta merta menghentikan
tingkah laku yang tidak diingini.manakala peneguhan pula adalah untuk
menambahkan kebarangkalian supaya sesuatu tingkah laku itu berulang pada masa
akan datang. Seterusnya, skinner juga memperkenalkan konsep “reverse
psychology” iaitu dengan menggunakan psikologi untuk mengubah tingkah laku
murid. Ianya bertujuan untuk menginsafkan
pelajar supaya membuang sikap yang negatif dan memupuk sikap yang positif.
Seterusnya , Alder
pula memperkenalkan Terapi Adler yang berdasarkan kepada teori psikologi
Individu yang mengamalkan pendekatan holistic-sosioelogikal. Terdapat 12
peringkat didalam terapi Adler iaitu, hubungan empati, maklumat, penjelasan,
memberi galakan, interpretasi dan penerimaan, pemahaman, pengalaman
kempensitori, tindakan bermasalah, peneguhan, perasaan komuniti, penentuan
matlamat semula dan yang terakhir iaitu sokongan dan pelaksanaan.
Dalam pada itu
terdapat juga sebuah lagi model yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini
iaitu Model Realiti dan Kaunseling yang diperkenalkan oleh William Glasser. Di
dalam model ini Glasser menekankan bahawa setiap inidividu berupaya untuk
berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.
Beliau juga menyatakan bahawa setiap individu bertingkah laku mengikut cara
yang tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak
masing-masing. Selain itu teori realiti Glasser dalam kaunseling adalah
berdasarkan andaian teori kawalannya yang merangkumi lima elemen utama iaitu;
bahasa aktif, keperluan asas, gambar mental, tingkah laku menyeluruh dan
manusia sebagai sistem kawalan.
STRATEGI PENYELESAIAN KAJIAN KES.
Setelah mengetahui model-model yang wajar
digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cik Carol Yake. Saya
mendapati model yang paling kompeten bagi menyelesaikan masalah ini adalah model
Skinner. Namun tidak dinafikan bahawa model lain juga turut membantu dalam
menyelesaikan kes ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, peneguhan positif adah
sesuai untuk diaplikasikan kepada Kevin semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Kita sedia maklum bahawa Kevin sering memberontak
atas sebab yang kecil seperti salah memberi jawapan apabila menjawab soalan.
Oleh itu apabila Kevin melakukan sesuatu perkara yang boleh dipuji , maka
gurunya haruslah memberikan peneguhan positif kepada Kevin. Contohnya dengan
mengucapkan ,” Ya bagus, jawapan kamu tepat”.
Selain
itu, boleh juga diaplikasikan konsep “time out” ( pengasingan) dimana
Kevin perlu dikeluarkan daripada kelas tersebut dan dibawa ke sebuah bilik lain
ataupun kawasan yang terpencil bagi meredakan perasaan yang dialaminya. Dalam
pada itu, gurunya juga harus sentiasa membina hubungan yang baik dengan Kevin
supaya lebih mudah memahami perasaan Kevin mudah untuk menasihati Kevin.
Seterusnya,
boleh juga digunakan kaedah “reverse psychology” kepada Kevin. Ianya bertujuan
untuk membuang sikap negatif yang ada pada Kevin dan menggantikannya dengan
memupuk sikap yang positif pada diri Kevin. Selain itu, teknik “shaping” juga
boleh digunakan bagi membentuk tingkah laku positif dalam diri Kevin. Caranya
adalah dengan memberikan peneguhan secara beransur-ansur apabila Kevin melakukan tindak balas yang
terpuji. Seterusnya , teknik peneguhan negatif juga boleh dilaksanakan, dalam
hal ini Cik Carol Yake boleh memberikan peneguhan negatif terhadap Kevin.
Contohnya, apabila Kevin menunjukkan
tingkah laku yang tidak diingini, Cik Carol Yake boleh mengasingkan Kevin
daripada rakan sekelasnya bagi membolehkan rakan sekelasnya yang lain
meneruskan pembelajaran tanpa gangguan.
Sementelahan
itu, guru yang mengajar murid seperti Kevin juga haruslah bijak dalam proses
menyoal soalan, hal ini supaya soalan yang ditanya itu tidak menimbulkan rasa
tidak senang terhadap murid . Contonhya, elakkan daripada bertanya “ Kenapa
kamu buat macam ini?” tetapi lebih baik jika struktur ayat itu diubah kepada “
Apa yang sedang kamu lakukan? , Apakah kesan tindakan kamu itu?”.
Akhir
sekali, antara strategi lain yang boleh digunakan oleh Cik Carol Yake adalah
dengan memberikan bimbingan dan kaunseling kepada Kevin dimana beliau perlu
menyedarkan Kevin bahawa dia masih lagi mendapat perhatian dan kasih sayang
daripada orang ramai dan dia sama sekali tidak disisihkan. Kaunseling ini juga perlu dilakukan secara
berkala bagi memulihkan kekeliruan yang dihadapi oleh Kevin.